23 November 2015

Adab ber"housemate"

Assalamualaikum awesomeness



Duduk satu rumah (berhousemate) pun kena ada adab tauu.! :) Especially yang housemates datang dari pelbagai negeri comfirm laa ada budaya dan cara masing-masing. Kena hormat tu semua hokeyy..! :)
Antara adab-adab yang paling utama :


1) Hak & Privasi
Bila dah duduk 'bersama' tak semestinya barang pun dikongsi 'bersama'. Tolong hormat hak orang lain, privasi orang lain, harta benda orang lain. Jangan sesuka hati pakai barang housemate tanpa kebenaran.! Contoh : Pakai tudung hosmet tanpa diketahui hosmet, makan makanan hosmet, sekalipun dibenarkan jangan sampai perabih makanan hosmet tu. Kesian kat kawan tu beli pakai duit bukan bulu ketiak hokeyy :) Kalau contoh hari ni pakai tudung hosmet tak tanya-tanya, pastu esok pakai yang lain pulak, lusa yang lain pulak lepas tu hosmet beli tudung baru dan tak rasmi lagi anda dh ambil dulu dan pakai. Tudung tudung sebelum nya anda tak basuh dan tak pulangkan. Tak pun hosmet dah iron tudung tu nk buat keluar, then tiba tiba anda ambil dan pakai. Tak terbakar? hang rasa..? haha tu contohh okeyy... PRIVASI.!! Jangan sesuka hati buka locker, laci, beg duit atau senang kata barangan hosmet jgn disentuh.! Macam Alyn, Alyn paling pantang orang bukak purse & handphone. TOLONG lah jangan buat harta orang lain macam hata sendiri tanpa rasa serba salah.


2) Jaga Kebersihan
Bila dah duduk bersama, jangan sampai orang cop anda 'pengotor'. Yuckss.!! Tolong jaga kebersihan diri dan sekeliling. Especially girls, your mahkota is rambut right.? Kalau dah rasa rambut bersepah atas katil, bawah katil tu kutip dan buang, Baju kotor dan bersih jangan campur sekali. Pakaian kalau agak-agak dah bau belacan tolong pergi cuci, jangan kumpul dan peram, jangan menyeksa hosmet anda dengan wangi wangian semulajadi anda okey..? Elakkan menghasilkan bau dari bilik, oleh itu pastikan pengudaraan bilik anda dalam keadaan baik, buka tingkap bagi keluarrrrr you punya bacteria dan bau tu, biarkan udara dikitar, atau hosmet anda mati kelemasan.. ayokk tak tauu..!!
sampah! ye sampah, jangan buang merata, jangan korek idung kecabut bulu ke ape ke dan buang merata, thats soooo jijik. Pinggan mangkuk sila cuci segera selesai digunakan. Sisa makanan JANGAN buang di dalam singki, Makanan yang sudah berbau tolong selesaikan segera.! PALING PENTING>>> FLUSH toilet selepas digunakan.. Takdak sape nak tahu saiz biskut anda atau takdak sapank menguji daya keapungan bahan buangan anda. Girls, alert, sanitary pad is most important, please.


3) Kekemasan
Bukan nak suruh kemas sekemas kemasnya tapi,, tolonglah pastikan tempat tidur kemas sedikit, tolong lah kemas buku-buku ataupun barangan anda supaya tak mencemar pandangan yang lain, At least, setempatkan. Contoh ; baju bersepah kat lantai, Pakaian dalam kat dapur. OMG -_-
biskutkat dapur bersepah sepah, garam bertarabue lepas guna tak lap. Kekemasan ni boleh consider lagi kottt.


4) Kerjasama
Yesss..! Pasal duduk bersama, kerja kena lah bersama, tanggungjawab menjaga rumah bersama. Tolong tolong lah cuci toilet, sapu sampah, kemas dapur, mop lantai dan sebagainyaa bukan nak suruh buat hari hari at least bg komitmen sedikit. Duduk bersama, pakai bersama, tolong lah bersama. Jangan harapkan hosmet lain sahaja yg buat semua benda. Masing masing tak dibayar utk buat kerja kerja penjagaan dan pembersihan rumah. Tapi ada pahala tau :)
Contoh : Bilik air dikongsi 20 orang yang rajin cuci cuma 5 orang, kan pakai sama sama cuci lah sama. Mungkin anda org kaya kat rumah ada org gaji tapi bila berhosmet semua tu kena buat, berbakti & berjasa sikit. Cuba bayangkan kalau semua jenis berkira & tak buat dalam satu rumah, apa akan jadi pada rumah tu..? Hm berlumut, bercendawan, berkerak mungkin..? Jangan selfish, kau guna aku guna kita guna, yang tolong bersih dan cuci? hmm.. Kalau takde siapa yang cuci, tandas dah berlumut, busuk, jentik jentik sana sini, tumbuhan meliar pun dan masuk kau ghase kau nk guna dak..?


5) Jangan KEDEKUT sangat
Yang ni sebenarnya lantak lah nk jadi kedekut ke apa dah barang/makanan sendiri tapi at least emm emm kongsi lah sikit. Kalau kita pemurah lagi murah rezeki kita, pernah dengar tak dalam rezeki kita ada rezeki makhuk lain. Contoh : Kau makan ikan, kucing dtg, bg la secubit dua, bukan apa pun. Lagi dia doakan kepada manusia yang bg dia makan supaya murah rezeki tau. Hmm ni tak penting sangat actually. Contoh lain : dalam satu rumah tu kau sorang ade iron, kongsi laa, jangan la kedekut sangat, bukan luak pun.


6) Jangan buat bising
Hormat telinga orang lain, jangan pasang lagu macam club malam, jangan gelak seronok sangat/terjerit jerit, jangan cakap pekik pekik macam gajah bertempik. Contoh, tengah malam kau ngan hosmet lain duk pasang cerita tamil kuat kuat pastu gelak melekek macam sundal bolong, siap hentak hentak kaki. wow dahsat tu, mungkin hosmet lain nak tidur ke sakit kepala ke study ke. Erti kata lain jangan melampaui batas laa.


7) Jaga aurat
Jangan sampai sengaja telanjang udah. hahaha orang lain pun ada tak perlu tunjuk. Tak silap Alyn, aurat antara perempuan dari pusat ke perut kott, kaalu salah tolong betulkan eh. Tak bukan nak tunjuk alim ke apa tapi em kalau putih gebu gebas takpe, ni duk tunjuk celah celah apa pun tak tau berdaki ke berselulit ke apa jgn sampai hosmet tak lalu makan sebulan dah ah hahahah


Sampai sini je dulu kott.. nak tidur.. byebye






18 November 2015

yesterday was my birthday

Assalamualaikum awesomeness


Semalam pergi gym ngan hosmet ( Kak wa, Cuya, Kika & Nina )
Balik gym rumah takde sape, yang ade baik ngan aku uya, Nina & Kakwa pergi singgah bilik Sya. Masuk masuk bilik aku pintu tertutup dengan lampu dah tutup.
Dalam hati awal gila Yaa (roomate) tidur.

Masuk bilik sekali tengok semua dh siap atas katil T.T
speechless kejap sampai blur tk tau nak buat apa

Terime kasih housemates yg tersayang, ingatkan tahun ni just wish, rupenye diorang usaha jugak buat surprise even last minute. Terharu sungguh laa *kesat hingus

yang tak boleh belah ade due orang pakat dok menyorok kt balcony, pasrah pijak taik cicak yang bergunung kt situ semata mata nk surprise kan i HAHAHAHA!

Thanks a lot guys, buat deco cantik cantik, delicious pizza, cute cake, adorable present, and so on. Tak sangka sangat2, walaupun tahun lepas dapat 3 surprise, tahun ni lg meriah kott sebab dh mula duduk rumah, bukan bilik :D









KING CRAB

Assalamualaikum awesomeness



tak sedap pun, tawar, sedap lagi ketam market hahahaha!
harga? around 70+.





Jalan Jalan Pantai

Assalamualaikum awesomeness


Venue : Pantai Senok & Pantai Kemasin
Date    : 16 October 2015

Dah lama sangat tak keluar jalan-jalan, so ajak hosmet keluar amik angin lepak pantai :)












baru nak update sebab wifi kt kemumin macammm nokharom
lagi pun berbloging ni ada mood jgk, ikot mood. esaimen berlambaknye lagi -,-

17 April 2015

Syma Beauty Skincare ♥♥♥

Assalamualaikum awesomeness


Nak share satu product skincare yang agak awesome gittuww..!!
Alyn dah try macam-macam product termasuk maxi-peel yang dikatakan mengandungi bahan merbahaya. Tapi memang effect dia teruk pun..! Mula mula pakai memang putih glowing-glowing gitu tapi bila stop pakai, habis muka kusam.! Lagi teruk dari sebelumnya.

Dah try macam-macam semua tak kena dgn kulit sampai la try consume dgn satu skincare ni (SYMA BEAUTY), Alhamdulillah.. Sesuai dgn muka and sgt berpuas hati..



Saja nak kongsi dgn u'olls yg mana sedang cari product yg OKE :)
Alyn pakai masa bulan 12 tahun 2014 and sekarang pakai set yg kedua. Selama ni tak pernah pakai product sampai habis then beli lagi. TAK PERNAH

Setakat ni Alhamdulillah muka makin cerah, berseri, jerawat segan nak tumbuh. Classmate & roomate pun ada pakai, diorang ada masalah parut jerawat yg sangat ketara & sekarang parut tu slowly pudar. Tak ada lah licin flawless terus, tipu lah kan kalau macam tu baik hakak cuci muka ngan clorox ;D











13 April 2015

Aktif menaip semula

Assalamualaikum awesomeness


Dah lama sangat rasanya tak update blog. Setahun mungkin?

Sekarang baru ada hati nak menaip semula sebab gue beli laptop baghuuu... YEEAY.!! hahaha -,-
Laptop bodoh-bodoh je idak le pulak macbook macam yang membe alyn suruh beli.
Banyoookk pulak duit ribu riban nak cekau mane yongg.!! Cukup-cukup le pakai iphone 6+ ngan iPad, yang lain beli buah apple bukan jenama apple.

Entry-entry sebelum ni semua dah padam, nak baca balik takut muntah hijau 44 kali. Biasa lah penulisan zaman tak matang dulu. kahkahkahh..!!
Sekarang dah jadi mahasiswi kat Universiti Malaysia Kelantan :) Degree student.

Kalau ikutkan mula berblog masa tahun 2011, tapi entry yang ni 13/4/2015 officially jadi my first entry. So, i nk belanja u'olls a'olls' e'olls gambar latest muahahaha >,<



muka dah tua HAHAHA !


Kbai.