6 March 2021

Welcome to the world my princess (2nd child)

Assalamualaikum

Introduce my second child, my daughter 


Gambar ni betul2 fresh baru keluar dari dalam perut. Masa ni still dalam labour room lagi, adik pun masih merah & bengkak lagi mukanya.. Mulut cari susu 🤭

Gambar baru keluar Labor Room, masuk wad. Masa ni sekitar jam 3 pagi. 



Hari pertama adik. Gambar check out wad. Tp tarikh & hari yg sama adik lahir. Belum cukup 24jam lagi tp dah boleh keluar wad sebab tak ada masalah ape2... 😊


IRSA AMANDA
31 - 12 - 2020
12.19 am
2.8 kg
50 cm

Alhamdulillah, lengkapkan sepasang cahaya mata kami ❤️ Mengandungkan & lahirkan adik, bagi mama tersangat lah mudah. Semoga anak mama papa Irsa Amanda menjadi hamba yg taat perintah-Nya, anak yang solehah, menyenangkan orang di sekelilingnya, menjadi penyeri & disayangi sesiapa sahaja yg mengenalinya. Semoga Irsa Amanda juga membesar menjadi orang yg berjaya di dunia & di akhirat, bijak, cantik & tinggi ilmunya serta bijak memanfaatkan ilmu yg diperolehinya. Mama juga tak lupa untuk mendoakan Irsa Amanda mendapat pasangan hidup yg baik, soleh serta menyayangi dan membahagiakan anak mama suatu hari nanti In shaa Allah. Aamin... 🤲🏻

25 March 2020

RESEPI : Brownies Kedut

Assalamualaikum

Di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 14/4/2019, otak sis betul2 dah tepu. Lepas tu selalu lapar pulak tu 😂
So..., sis try la buat brownies kedut hasil carian di Google & resepi dapat dari kawan. Tapi sis guna sukatan @ olahan sendiri 🤣 


Ini resepi untuk 2/3 orang makan ya..
Sis bagi senang untuk korang yg tak ada penimbang nak pakai gram, sis bagi sukatan sudu/cawan je.. Jom buat.!!

So ni bahan-bahan yg diperlukan ;



1) 200gm dark chocolate (memang beli satu pack tu 200gm, lebih sikit 250gm pun tak apa)
2) Original salted buttercup (1/4  (suku) ) kalau bukan salted pun tak apa boleh tambah secubit garam halus ke dalam tepung.
3) Telur gred B 2 biji
4) Esen vanilla 1 sudu kecil (tiada dalam gambar)
5) Gula perang (3/4 cawan (setengah suku) ) untuk texture yang chewy 🤤 *siapa suka manis2 boleh gunakan secawan gula perang.
6) Tepung gandum (1 cawan) - lebihkan sesudu
8) Serbuk koko 2 sudu besar


Cara-cara ;

Bahan A
1) Cairkan dark chocolate & buttercup menggunakan teknik double boil.
2) Ketepikan dahulu.

Bahan B
1) Pecahkan telur dan masukkan esen vanilla.
2) Masukkan gula perang. Kacau sederhana.
3) Masukkan *bahan A* dan kacau rata.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan tambahkan serbuk koko. Kacau sehinnga sebati.

*Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.

- Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar adunan pada suhu 200 darjah celcius pada 10 minit pertama. (Untuk brownies yg kedut cantik) 
- Pada 30 minit seterusnya bakar pada suhu 180 darjah celcius.
- Setelah oven siap, sejukkan brownies dalam oven dengan cara buka pintu oven sedikit & biarkan brownies sejuk sendiri di dalam oven.
- Boleh letak topping mengikut citarasa anda. Saya suka topping nutella 😍

*P/s ; * Jika mahu brownies yang kemas, guna loyang 4 segi sama seperti contoh 6 x 6, sis guna 8 x 8 sebab sis suka brownies yang nipis nipis. Then, pada loyang tu salutkan planta supaya tak melekat & lapik kertas baking supaya brownies senang diangkat keluar & brownies kemas bersegi tak melekat. 

Selamat mencuba..!!