10 April 2018

Review : HADA LABO air aqua UV Fresh

Assalamualaikum



So far, this is my current favourite sunscreen! So, i want to share my thoughts about this 💓








Product Brand : Hada Labo
Product Name : air aqua UV Fresh SPF50/PA+++
Product Type : Sunscreen
Product Price : RM53.90
Product Size : 30g
Product Target Consumer : Oily / Combination skin
Availability : Watson / Guardian / (...)

Ingredients : Water, Ethylhexy Methoxycinnamate, Polyglycerin-10, Dimethicone, Phenylbenzimidazole Sulfonic Acid, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Polymethyl Methacrylate, Diethylhexyl Carbonate, Butylene, Glycol, Ethylhexyl Triazone, Bis-Ethylhexyloxyphenol Methoxyphenyl Triazine, Arachidyl Alcohol, Sodium Hydroxide, Polysorbate 60, Xanthan Gum, Phenoxyethanol, Behenyl Alcohol, Arachidyl Glucoside, Methylparaben, Dimethiconol, Cellulose, Tremelia Fuciformis (Mushroom) Extract, Hectorite, Butyl Avocadate, Disodium EDTA, Propylparaben, Polyquaternium--51, Sodium Hyaluronate, Hydrolyzed Lupine Protein, 3-o-Ethyl Ascorbic Acid, Sodium Acetylated Hyaluronate, Spiraea Ulmaria Extract, Nephelium Longana Seed Extract, Resveratrol.


Claims :

Keeps skin breathable & moisturized, Broad-Spectrum ( UVA & UVB ), Oil Control,  Anti-Aging, Anti-Glycation (minimized fine lines, wrinkles, maintain elasticity), Brigthening (with Vitamin C), Deep Hydration (Super Hyaluronic Acid).


Pros :

Broad-Spectrum ( Protection from UVA & UVB).
 High SPF.
Light weight.
Non-greasy.
No white cast.
 Free of alcohol, colorant, fragrance, and mineral oil. 
Easy to get.


Cons :

High Price.
Small Size.
Not too matte for extremely oily skin.


Comments :

Alyn suka sunscreen ni sebab dia cair (watery cream), so senang sangat nak ratakan seluruh muka and dia cepat gila meresap dalam kulit. Tekstur dia tak tebal atau pekat sangat, tak berminyak sangat, just nice. Tak melekit, orang kulit kering pun akan suka rasanya walaupun dia untuk oily / combination skin. Tak ada rasa pedih-pedih sebab kulit Alyn senang pedih. Then, boleh buat makeup base. Comel, packaging dia comel! Tapi harga sakit sikit macam tak berbaloi dengan saiz, satu botol ni alyn boleh pakai less than 1 month je. Like...whut??? Lagi satu, dia ada 2 types. Yang ini FRESH (untuk oily / combination skin), & lagi satu MOIST (untuk dry skin). Ni botol yang kedua, and maybe lepas ni nak purchase brand lain. Nak try lain. 

Recommended :

Jenis combination skin & oily skin yang tak teruk sangat. Kulit kering pun boleh cuba kalau jenis tak terlampau kering tu. 

Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟


Thank You!


9 April 2018

Basic Skincare Routine (moisturizer)

Assalamualaikum




Moisturizer
Secara ringkasnya adalah untuk kelembapan kulit.
Some of people misunderstood, orang kulit berminyak tak perlu moisturizer. A BIG NO!

Moisturizer diperlukan bagi mereka yang mengalami dehydrate skin, kulit berminyak pun boleh dehydrate tau! Bagi Alyn, semua jenis kulit memerlukan moisturizer, walaupun tak dehydrate sebab nak sentiasa supply 'water' pada kulit sebab kulit kita ni mengandungi 60%-70% air kalau tak silap, maafkan saya kalau silap (this is my personal thought). Tapi, bagi sesiapa yang dah ada produk lain yang fungsinya sama dengan moisturizer, boleh kot skip moisturizer kalau jenis takde masalah dehydrated skin lah kan.... Contohnya, essence yang hydrates, serum yang hydrates. Bagi sesiapa yang memang tak boleh pakai moisturizer walaupun dah cari yang mengikut jenis kulit, boleh la skip. Ada reasons kan.... Tapi cari la inisiatif lain okay?

 Maigod, let me explain. Dulu pun Alyn ingat moisturizer untuk orang kulit kering je. Tidak ye tuan-tuan/puan-puan...





Minyak - menentukan jenis kulit.
Water - menentukan kulit hydrates (cukup air, cukup kelembapan) atau dehydrates (sebaliknya). Semua jenis kulit boleh jadi dehydrates walaupun kau kulit berminyak.
Nanti Alyn cerita lagi detail pasal Dry vs Dehydrated skin okay !

So, moisturizer ni dalam kalangan 'water'.
"Moisturizer are used to improve skin's hydration (think water-content of the skin, not oil-content" -verywell.com
Dia tak kacau pun skin type ke apa ke. CUMA, moisturizer pun ada jenis-jenis dia ikut jenis kulit sebab lain-lain ingredients. Salah pilih mungkin menyebabkan kulit berminyak/kering.

First of all, meh tengok apa antara fungsi utama moisturizer :


🌸 Attract moisture
🌸 Bond moisture
🌸 Trap moisture

↑ Kat atas ni antara fungsi moisturizer. Tak tahu nak explain in Bahasa macam mana. Tak tahu nak pilih specific word in Bahasa. Sebab kalau translate pun maksud dia jadi lain. So faham-faham jelah. 



Attract moisture (humectant)
🌷 Menarik kelembapan daripada sekitar ke lapisan kulit teratas. (menyerap kelembapan dari udara)

  • Propylene Glycol
  • Glycerin
  • Aloe Vera Gel
  • Urea
  • Alpha Hydroxy Acid (AHA)

Bond moisture (emollients) 
🌷Mengikat kelembapan kepada kulit (?) im not sure what it mean by bond moisture to the skin.
  • Jojoba Oil
  • Squalene
  • Shea Butter
  • Coco Seed Butter
  • Coconut Oil
Trap moisture (occlusives)
🌷Memerangkap, menyimpan dan mengunci kelembapan yang telah ditarik ke dalam kulit.
🔼Sesetengah occlusive mungkin menyebabkan pori tersumbat
- Ingredients yang membina satu lapisan minyak di atas lapisan kulit luar (stratum corneum)
- Mungkin tak sesuai pada kulit berminyak (?) kerana ia menambah lapisan minyak.

  • Dimethicone
  • Mineral Oil
  • Zinc Oxide
  • Lanolin
  • Petrolatum


JENIS KULIT & CIRI PELEMBAP

1) Normal Skin, Oily Skin, & Combination Skin


  • Tekstur gel.
  • Cari yang ada tulis light-weight, so means texture dia tak terlalu pekat. Ringan & just nice je. So bagi yang kulit normal rasa biasa-biasa je, bagi yang oily and combination pulak light texture ni senang sikit meresap dan tak rasa tebal.
  • Cari yang non-greasy (mostlt light weight memang non-greasy) So, jenis kulit berminyak takde la rasa melekit & merimaskan.
  • Water-based moisturizer. Senang meresap.
  • Cari yang non-comedogenic. Non-comedogenic ni maksud dia tiada ingredient yang boleh menyumbatkan pori. Sangat penting untuk siapa yang kulit berminyak dan berjerawat.
  • Oil-free. Sangat-sangat penting untuk kulit berminyak & kulit combination.

2) Dry Skin

  • Tekstur krim.
  • Cari ingredients : grape seed oil/dimethicone/hyaluronic acid. Avoid alcohol.
  • Kalau jenis kering teruk, boleh cari petrolatum-based, jojoba oil, shea butter, coconut oil. Tapi bagi sesiapa yang tak tahan jerawat better avoid. Pakai yang biasa-biasa je.

3) Sensitive Skin

  • Cari yang ada funsi 'SOOTHING'
  • Cari ingredients : Chamomile, Aloe
  • Tolong avoid fragrance & alcohol.
  • Cari yang ade tulis hypoallergenic (means risiko alergic tu kurang).

Kesilapan :


  • Skip patch test. Tak test dulu sebelum beli. Ada cara buat patch test. Nanti i olls kongsi hokeyyy..
  • Salah pilih moisturizer.
  • Pakai ikut susunan salah. Moisturizer dipakai akhir sekali sebelum sunscreen. Bertujuan nak lock segala kebaikan serum/essences/toner yang mungkin ada fungsi hydration (penyumbang kelembapan). Tambahan, tekstur moisturizer lebih likat berbanding toner/serum/essence. So, the thinner come first!
  • Tak menggunakan moisturizer yang ada SPF di siang hari (yang ni takpe lah as long as pakai sunscreen tu..!)

TIPS 💕
* Recommended untuk cari moisturizer yang ada SPF.
* Recommended cari yang oil-free and fragrance free.
* Recommended cari yang anti-oxidant (greentea, chamomile,pomegranate) untuk kulit kelihatan fresh & healthy.




Thank You !