29 March 2018

Basic Skincare Routine (Toner)

Assalamualaikum


TONER. Step selepas mencuci muka. Waktu siang, toner adalah langkah kedua, manakala waktu malam toner adalah langkah ketiga selepas 'double cleansing. 


Apa itu double cleansing
Entry sebelum ni, ada info serba sedikit mengenai double cleansing.

WHY TONE?
Kebanyakan toner sebenarnya berfungsi utama dia adalah ;
menyeimbangkan pH selepas kita menggunakan cleanser. Setakat ni tak jumpa lagi toner yang tak ada fungsi 'pH adjuster'. Ada ke yang tak ada? HEHEHE 
Kadang-kadang cleanser kita ber-pH tinggi, so di sini lah fungsi toner. 😊

Kalau anda pakai pencuci muka ber-pH rendah, maybe boleh skip step ni! Yeay. Penting ke pakai cleanser low pH? Jawapan ada dekat sini ⇒ perlu ke tidak?
Boleh juga tengok list pH semua pencuci muka Alyn kat sini ⇨ Ye kat sini

Fungsi lain yang mungkin ada pada sesetengah toner?
- mengecilkan pori
- memberi kesegaran semula kepada muka 
- sebagai pelembap
- perlindungan tambahan pada kulit

So entry pasal toner ni tak panjang sebab dia tak complex and tak specific sangat macam jenis produk yang lain. HAHAHA 
So, i will straight to the point.!

GOOD INGREDIENTS
  • Antioxidants
  • Soothing Ingredient
  • Hyaluronic Acid
  • Ceramids
  • Glycerin
  • Panthenol

BAD INGREDIENTS
  • SD/Denature Alcohol
  • Menthol
  • Fragrances
So, pilihan di tangan masing-masing. Nak beli skincare kena rajin-rajin tengok ingredients okay. Jangan main sebat je/terlampau ikutkan suggestion orang tanpa selidik sendiri.

DRY SKIN
  • Sesuai pakai hydrating toner. Texture seakan lotion. Produk Jepun/Korea selalunya toner diorang berbentuk hydrating & diorang tulis as 'lotion'.
  • Cari ingredients seperti peptides, glycopid, rosehip seed oil, jojoba oil, dimethicone, & glycolic acid
  • Elakkan ingredients seperti SD40, alcohol denatured, ethanol, & isoproryl
OILY SKIN
  • Sesuai pakai refreshing toner.
  • Elakkan juga alcohol kalau boleh. Sebab alcohol mengeringkan kulit. Bila kulit kering, kalenjar minyak akan lebih aktif mengeluarkan minyak bila dapat detect kulit kering.
  • Cari yang ada tulis, 'oil-free'.
  • Cari ingredients seperti sodium hyaluronate & sodium PCA.
COMBINATION SKIN
  • Recommended pakai soothing/hydrating toner je. 
SENSITIVE SKIN
  • Pilih yang gentle. 
  • Elakkan AHA, alcohol, parfum, synthetic dyes.


Sumber : Google
Antara contoh toners. Mine is Simple Soothing toner

Act, toner ni tak complicated sangat pun. Yang penting elak alcohol and perfume je.
Yang lain-lain ikut keselesaan nak pakai toner brand apa asalkan tak memudaratkan kulit. 

#ELAKKAN TONER BERBENTUK ASTRIGENT
Made for oily skin type. But for me, not recommended. Sebab mengandungi banyak alcohol (alcohol based).

That's all about toner.
Thank You!











27 March 2018

pH (My cleansers)

Assalamualaikum

Sebelum ni Alyn ada share pasal tips nak pilih cleansers. Siapa belum baca boleh baca dekat
sini → sini sini sini

So, hari ni Alyn nak share beberapa cleanser yang Alyn dah test pH nya guna pH indicator.
So, boleh la tengok-tengok kot ada yang terselit cleanser korang dalam ni 😁😁





So, this pH strips Alyn beli kat farmasi. Kat online pun ada maybe murah sikit, tapi jenis tak sabar kannn... Malas nak tunggu terus grab dekat farmasi 😅😅


Then, macam biasa apa yang kita belajar dalam subjek Sains kat sekolah dulu, pH ada 1-14.
7 is natural.
Less that 7 is consider as acid.
More than 7 is alkaline.

So, for your information, skin kita ni slightly acidic (normally around 5.5). So, kita kena cari cleanser yang sedikit asid jugak supaya tak kacau skin barrier kita. Kacau skin barrier, habiss.... Muka senang bermasalah ye tuan tuan puan puan. Nak info lebih-lebih refer entry sebelum ni banyak sembang pasal pH cleanser.




Ini antara pencuci wajah yang ada dekat Alyn & dah try cek pH satu persatu.

  1. Eversoft Skinz Youth Recall (for dry skin)
  2. EDEN Rosa T (for oily & acne prone) -my husband's (suggested by me)
  3. Hada Labo AHA + BHA (mild exfoliating)
  4. Garnier Men (Acno Fight) -my husband's (yang lama)
  5. Hada Labo Hyaluronic Acid Hydrating Foam
  6. Hada Labo Gokujyun (whitening)
  7. Neutrogena Pure Mild Facial Cleanser
  8. Simple Foaming Cleanser
  9. Simple Gel Cleanser
  10. Hada Labo (softening & whitening face wash)

Currently i'm using no. 1, 3, 5 silih berganti. Sebab nak cepat habis. Banyak sangat. Plus, tak sabar ak beli lain. HAHAHAHA
Dah stop pakai no. 10 sebab detected has high pH level... No 7 tu baru beli, silap beli google yg pH rendah yang lain, beli yang lain. So, takkan pakai, peram lah buat baja. 

My husband pulak sebelum ni memang lama dah pakai Garnier Men tu. Muka dia bila kering, kering sangat. Bila berminyak, berminyak teruk. Jerawat pun selalu naik sampai berdarah juga kadang-kadang. (gatal tangan) -_-
Then, terjumpa yang Rosa T tu belek-belek igredients then Alyn suggest kat dia suruh pakai yang tu. Habis sebotol ehh kauu... Then pergi beli lagi 2 botol. kikiki. Garnier Men dia ada lagi stock tapi dia dah tak usik 😅😅😅😅😅 




So, ini lah resultnya.... No 1 diri kiri. Pilihan di tangan anda. 


pH paling tinggi ada 3 (Garnier Men, Neutrogena, & Hada Labo softening & whitening) iaitu around 9 pH dia. Quite high yeeeee.... not good for skin barrier.

pH yang paling low kat situ Rosa T EDEN, around 4.5 pH dia. 
Yang lain around 5.5-6.5. okay jugak.

Next time alyn try lain-lain cleanser Alyn test lagi hokay... BYEBYE




19 March 2018

Basic Skincare Routine (Double cleansing)

Assalamualaikum



Double Cleansing (pm routine)

Double Cleansing
  • oil-based cleanser/cleansing balm.
  • water-based cleanser.
Double cleansing dilakukan pada waktu malam. Waktu pagi hanya cuci biasa guna water-based cleanser sahaja sebab pagi-pagi kita bangun tidur muka tak ada sunscreen/makeup, so water-based cleanser dah memadai.


Contoh cleansing oil. Sumber : Google



Kenapa Double Cleansing Penting?

  • Air dan minyak tak boleh bercampur/bergabung. Sebum adalah minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit kita & ia penting untuk kulit membekalkan kelembapan. Sebum juga boleh jadi 'bad oil' bila ia berlebihan sebab boleh buat kulit berminyak, sumbatkan pori, merangsang jerawat, whiteheads & blackheads. Minyak boleh memerangkap minyak.
  • Dengan penggunaan oil-based cleanser sebagai langkah pertama dalam double cleansing boleh memerangkap sekaligus menyingkirkan sebum,segala kekotoran (oil-based), sunscreen, & make-up yang mana water-based cleanser tak dapat singkirkan.
  • Water-based cleanser cuma dapat membersihkan peluh, habuk dan cuma dipermukaan kulit sahaja. So, dengan double cleanse kulit akan lebih bersih jauh ke dalam pori. 
  • Hari-hari kita pakai sunscreen kan? Wahai kakak-kakak yang pengguna make-up tegar, boleh lah amalkan double cleansing dari sekarang ye. HIHIHI 

Cara Guna Cleansing Oil.


Sumber : Google

  • Pastikan tangan & muka kering sebelum pakai cleansing oil okay!
  • Then, baru cuci untuk yang 2nd round pakai water-based cleanser.
For cleansing balm, i'm not sure macam mana cara guna. But mostly, sama macam cleansing oil (dry hands & dry face), then swipe/cuci/bilas pakai tuala/kain yang dibasahkan dengan air suam. Baru sambung 2nd step (water-based cleanser). But, sometimes ada juga yang tak pakai kain, diorang emulsify pakai air suam macam cleansing oil method. Maybe boleh for both method. Ikutlah mana yang korang selesa & sesuai.

Tips : Cari cleansing oil yang (non-comedogenic) supaya tak menyumbatkan pori & cari yang ada fungsi hydrating (kalau boleh) & kalau boleh usaha untuk cari yang boleh singkirkan waterproof make-up. Alyn punya Alyn pakai Hada Labo cleansing oil 🌟🌟🌟🌟🌟

Selesai pakai oil-based cleanser, pakai la water-based cleanser yang kita selalu pakai. Entry water-based cleanser ada kat sini → klik sini


Contoh double cleansing. Sumber : Google



Thank You.




16 March 2018

Basic Skincare Routine (Water-based cleanser)

Assalamualaikum




Rutin pagi selepas bangun tidur (water-based cleanser)

Sebelum nak pilih pencuci muka, kena tahu jenis kulit. 👉klik sini.



Contoh cleansers. Sumber : Google


JENIS PENCUCI MUKA

  1. Foam Cleanser - Oily skin & combination skin. (recommended for extremely oily skin)
  2. Gel Cleanser - Oily skin, combination skin, & acne-prone skin.
  3. Cream Cleanser  - Dry skin & sensitive skin (recommended).
  4. Oil Cleanser - Most skin type. 
  5. Clay Cleanser - Oily skin & combination skin. 
  6. Micellar Water - Most skin type. (recommended for sensitive skin)
  7. Cleansing balm - Dry skin. (recommended for extremely dry skin)


P/s : Ini cuma basic info. Tapi, kebanyakan pencuci muka sekarang dah upgrade & up-to-date 😁 Ada je yang lain jenis pencuci muka tapi untuk lain jenis kulit. Apa-apa pun refer pada packaging (selalunya ada tulis sesuai untuk skin type apa). Paling penting, ikut keserasian dengan kulit juga. Sometimes, bukan sebab jenis pencuci, tapi ingredient dalam pencuci muka tu yang buat kulit kita sesuai atau tidak. Fahami keselesaan kulit anda sendiri 😀 



INFO TAMBAHAN


NO
  • Alcohol - mengeringkan kulit (elakkan bagi kulit kering & sensitif)
  • Parfume/Fragrance (pewangi) - merengsakan kulit (elakkan bagi kulit sensitif)
  • Paraben (sejenis pengawet) - lead to cancer (tapi still tak kukuh buktinya & susah juga nak cari yang paraben-free)
  • Sodium Lauryl Sulpahte (SLS)/Sodium Laureth Sulphate (SLES) - berbahaya kepada kulit sensitif.
  • Hydroquinone -(yang ni yang ada dalam tati skincare, fungsi memutihkan 'skin bleaching' tapi berbahaya) boleh merosakkan kulit, kanser kulit, kulit boleh menjadi hitam kebiruan.



YES
  • Salicylic Acid (BHA) - bagus untuk kulit berminyak, blackhead & jerawat. (but for dry skin, sometimes ada yang tak tahan akan mengeringkan lagi kulit)
  • Glycolic Acic (AHA) - sesuai untuk kulit kering (berfungsi untuk remove whiteheads)
  • Niacinamide - mengecilkan pori, menguatkan daya ketahanan kulit, sekatakan kulit. (sesuai untuk kulit kering)
  • Hyaluronic Acid - melembapkan kulit & lock moisture in skin (very recommended for dehydrated & dry skin) 
  • Dimethicone - good for dry skin (but, ada yang tak tahan boleh clog pore)
  • Clay - good for oily skin (serap minyak jauh ke dalam pori)
  • Shea Butter - melembapkan kulit (good for dry skin & sometimes oily skin tak tahan boleh clog pore)
  • Almond Oil - anti-inflammatory, antibacterial
  • Lactic Acid - membantu melembapkan kulit kering.
  • Jojoba Oil - melembapkan & merawat sunburn dan parut
  • Aloe Vera - merawat sunburn (good for redness, itchy skin)
  • Argan Oil - melembapkan (contain vitamin A & vitamin E)
  • Avocado - boost collagen & merawat parut lama
  • Tea Tree Oil - fight breakout & anti-bacterial
  • Coconut Oil - menyingkirkan kulit mati, melindungi dari sunburn, anti-bacterial & melembapkan. (some oily skin tak tahan ingredient ni, penyebab jerawat)


BUT, FOR YOUR INFORMATION:
Bad ingredient tak semesti tak elok for your skin, contohnya ada je orang yang tak sensitif dengan pewangi. Good ingredient pun tak semestinya baik untuk kulit korang, contohnya ada yang sensitif dengan Argan Oil, Dimethicone, Jojoba Oil, Coconut Oil, yang buat clog pore pada sesetengah orang. 

Fatty alcohols like cetearyl alcohol is good for skin. Eventhough produk tu ada tulis alcohol-free, cetearyl alcohol dibenarkan sebab tak berbahaya kepada kulit sensitif.

Info ni hanya membantu, tetapi semuanya berbalik pada kulit kita sendiri. Sebab tu kita sendiri yang kena buat pilihan & patch test untuk kulit kita sebab HANYA KITA YANG TAHU KEADAAN KULIT KITA. Kalau tak sesuai tukar & cuba kenal pasti apa ingredient yang buat kulit awak tak sesuai dengan that product.
So, kena try & error. 

Disebalik jenis & kandungan dekat atas semua ni, ada satu yang paling penting iaitu pH pencuci muka anda.




Tips : Nak tahu pencuci tu pH rendah, cari yang ada tulis pH-balanced. Tapi, banyak juga yang tak ada tulis. So kena cek sendiri pakai pH indicator (beli kat farmasi/online). Lepas ni Alyn buat entry tunjuk kat korang pH cleansers yang Alyn ada. Ada beberapa yang tinggi yang selama ni Alyn tak perasan it is bad for my skin 😞. But for sure, really next entry is about DOUBLE CLEANSING.

Thank You











13 March 2018

Newly Purchased Item

Assalamualaikum

Eventhough sekarang ni Alyn cuma apply basic skincare yakni cleanser, toner, moisturizer & sunscreen, Alyn tetap tak boleh kawal diri nak beli macam-macam skincare yang ada lebih-lebih lagi bila ada promosi. Ogoshh!

Cuma Alyn simpan dulu, nak try satu-satu so nanti Alyn share review dengan korang, in shaa Allah. Basic step skincare ni alyn nak apply sebulan je sebab nak betulkan balik skin barrier, nak 'hydrates'kan balik kulit, nak atasi masalah kering dehydrated & dullness dulu. Habis sebulan baru laa nak tepek-tepek serum, ampoule, essence apa semua tu. SABAR NAHH..!

Sekarang ni pun dah 2 minggu start basic skincare routine ni secara jujurnya, i can feel my skin smooooothhhh~~~~
Sumpah tak tipu, kulit rasa lembut sangat walaupun baru lepas cuci muka & tak tepek apa-apa lagi. Kulit jadi sedikit anjal, kusam hilang nampak berseri, kulit rasa lembab sangat. Kulit nampak bersih sikit sebab jerawat-jerawat halus dah kurang, whitehead kurang, macam-macam lah kurang! saya SUKA saya SUKA saya SUKA 😍😍😍

So, saja nak share apa yang Alyn baru beli tahun ni, ada yang langsung tak pakai lagi, ada yang dah pakai 3,4 kali sebab jenis tak sabar nak try! HAHAHAHA



Sejenis tamak suka beli pencuci muka banyak-banyak walaupun yang lama belum habis. Dalam bilik air still ada 3 yan gilir-gilir pakai. Tapi yang pasti 2 ni low-pH cleanser. pH indicator tu beli kat farmasi konon nak buat experiment pasal bacaan pH clenaser. HAHAHA!




My current moisturizer & clay mask. Skinfood mask tu beli kat Watson for rm50 satu. Tapi ada promo second for rm1, so i bought 2. Total Rm51 for both.




Bila dah start addicted dengan the ordinary. Tunggu masa je nak try satu-satu. Tashaabaarrr
LaF tu Alyn saja beli untuk pore. Sebelum ni tak pernah nampak brand ni kat Watson, ke Alyn sorang je tak nampak? Tu yang berminat nak try. Nak try kat hidung nak tengok boleh kecik ke tak pore kat hidung ni sebab punca whitehead! Huh. The grey one is Naruko Face Renewal Miracle essence which is susah nak cari, so Alyn beli kat Naruko website. Terjebak dengan shiro kat FB tu dia kata best gila pakai essence ni, so i should try!





Hada Labo Uv fresh tu pembelian kali ke-2 sebab best! Ingat nak suruh husband pakai tapi since dia jenis malas nak susah payah kerana kulit,jadi lah stock i olls 😛 Dia just rajin buat double cleansing, habis oil based clenaser Alyn dalam diam. Tau-tau tinggal sikit. Huh! 

Yang Cosrx AHA tu baru try tak sampai sebulan, tak tunjuk hasil yang memuaskan lagi macam yang digembar gemburkan ahahaha. Maybe baru lagi try. 

Clinelle sunscreen tu jenis spray (new edition) so kalau malas sangat just pishh!! pishh!! Tapi tak se-best macam Hada Labo sunscreen.

 Cosmoderm bb cream tu current bb cream sebab texture dia cair senang blend & colour dia masuk dengan kulit Alyn (terang), kalau pakai bb cream Hada Labo jadi gelap, i don't know why padahal ivory tau -_- tapi jarang pakai bb cream. Keluar tepek sunscreen je sekarang.

Silkygirl no-sebum mineral powder tu tepek kat hidung je sebab bahagian tu je berminyak. Fungsi dia serap minyak berlebihan. Plus, boleh tabur kat rambut tau! (serius) Maybe untuk serap minyak kat kulit kepala kot AHAHAHA..

 Sebamed lip balm tu pun ada offer second for rm1, so i bought 2. 1 tengah pakai and best for my dry & chapped lip. Bioderma tu tak try lagi sebab nak habiskan micellar water Garnier dulu.


Cerita pasal mask, kulit Alyn sangat sensitif dengan mask! Pakai selalu rasa pedih-pedih & gatal-gatal. Al kisah, haritu try beli Hada Labo Hydrating mask sebab tau ingredients produk Hada Labo best-best and takde pewangi & alcohol. Sekali try, first time seumur hidup pakai rasa tenang, best, tak pedih, tak gatal. I loikeeee!! Sebelum ni tak tahu kenapa pakai mask lain rasa pedih. Maybe ingredients mask tu ataupun memang skin condition Alyn sebelum ni tak okay. 
Aqua Mask Hada Labo tu baru lagi tak silap, ada promo sebab beli banyak haritu so Alyn try la amik satu. 
Mask yang lain-lain banyak-banyak tu sebab ada promosi kat Sasa. 10 sheet for rm23. Kalau tak satu sheet je dah rm5-rm8. So nanti nak test, pedih ke tak.
Simple micellar wipes tu untuk memudahkan diri bila kat luar nak cuci sunscreen / light makeup bila nak solat atau nak reapply sunscreen. Senang masuk dalam bag je. 


So. That's all. Tunggu jela review satu-persatu ni ya. Thank you! 🌸

7 March 2018

UPDATED : New daily skin care routine (March 2018) - Back To Basic

Assalamualaikum




MY DAILY SKINCARE ROUTINE. I've started new BASIC skincare routine since 1st March.

WHY ONLY BASIC?
Sebab basic adalah yang paling penting, yakni memastikan kulit kita cukup 'hydrates' dan terlindung dari sinaran UV. Walau apa masalah kulit sekalipun, pastikan kulit kita sentiasa cukup hydrates & terlindung dari UV dahulu baru kita ke next step dalam skincare routine seperti memakai serum/ampoule/booster/vitamin.

Ini adalah supaya next step yang kita tambah tadi dapat diserap oleh kulit dengan jayanya. HAHAHA
Kalau tak rugi je beli mahal-mahal kalau skin barrier awak tak okay & awak tak pakai pelindung. Seolah menuang air dalam gelas retak. HIHIHI

In a conclusion, bersabarlah untuk dapat kulit sihat. Biarlah kita mula dengan basic dahulu. 😏😏
( Skincare is a journey, enjoy your journey )



So, here is my a.m & p.m routine





So, ini rutin siang.

  1. HADA LABO Super Hyaluronic Acid Foamimg Wash (water-based cleanser)
  2. HADA LABO Hydrating Lotion. (hydrating toner)
  3. HADA LABO Hydrating Light Cream (cream moisturizer)
  4. HADA LABO Air UV (Fresh) (sunscreen spf50+++)





                                   



So, ini rutin malam pulak.

  1. HADA LABO Super Hyaluronic Acid Hydrating Cleansing Oil. (oil-based cleanser)
  2. HADA LABO Softening & Whitening Face Wash. (water-based cleanser) -habiskan yang lama.
  3. HADA LABO Hydrating Lotion (hydrating toner)
  4. HADA LABO Whitening Perfect Gel (gel moisturizer + sleeping mask) -habiskan yang lama

So, ini jela basic seharian. Kebanyakan produk yang Alyn pakai semua dari Hada Labo. Actually, ada juga produk brand lain macam physical exfoliator, chemical exfoliator, and clay mask. Cuma tak masuk dalam list daily sebab yang tu seminggu just 2/3 kali je buat and in shaa Allah akan ada entry untuk weekly routine yang tak berapa weekly sangat. Huhu

Why HADA LABO?

  • Sebab HL sangat  membantu melembapkan kulit sebab most of HL products contain banyak jenis Hyaluronic Acid yang mana bantu melembapkan & lock kelembapan dalam kulit. 
  • Sebab HL products are free from colorant, fragrance, alcohol & mineral oil. All these ingredients (chemicals) are not good for our skin. 
  • Sebab HL senang dapat kat drugstore maybe, i like HL packaging very muchhhh! 

So, ini just entry about new skin care routine. Bukan review pasal produk-produk ni. But, soon in shaa Allah Alyn akan review. Maybe my next entry is about cleanser & double cleansing. Thank You! 



4 March 2018

Basic : How To Find Your True Skin Type?

Assalamualaikum




THE BASIC THING THAT YOU NEED TO KNOW BEFORE YOU STARTS YOUR JOURNEY IN SKINCARE IS KNOW YOUR SKIN TYPE.

KENAPA PENTING?
  • Sebab tersalah pilih produk yang tidak sesuai akan menyebabkan kulit menjadi lebih teruk. 
  • Kerugian, sebab produk tidak berkesan. 
  • Masalah kulit makin banyak & bertambah. 
STOP!!! So basic apa-apa pun SILA TAHU ANDA JENIS KULIT APA.


Kulit Normal
- Tidak terlalu berminyak & tidak terlalu kering (well-balanced skin)
- Tiada/kurang masalah kulit.
- Tidak sensitif & tiada alahan
- Liang pori yang kurang kelihatan.
- Kelihatan berseri.

Kulit Kering
- Kulit terasa kering, kasar (bersisik).
- Sukar berjerawat.
- Kurang anjal. Kulit mudah rasa tegang terutama selepas mencuci muka.
- Garisan halus mudah kelihatan (cepat kelihatan tua).
- Liang pori yang hampir tidak kelihatan.
- Kelihatan kusam

Kulit Berminyak
- Tekstur kulit terlampau berminyak & melekit.
- Mudah berjerawat.
- Liang pori besar & jelas kelihatan. 
- Kelihatan berkilat.

Kulit Kombinasi
- Berminyak di bahagian T-zone (hidung, dahi), & kering/normal di bahagian lain.


HOW TO KNOW YOURS?


  1.  Bersihkan makeup dan cuci muka.
  2.  Jangan apply apa-apa walaupun toner/moisturizer.
  3. Tunggu sehingga lebih kurang 1 jam.
  4. Rasa kulit anda sendiri.

  • Kering, tegang, kasar (dry skin)
  • Berminyak seluruh muka, melekit, licin (oily skin)
  • Biasa-biasa je tak kering, tak terlampau berminyak (normal skin)
  • Berminyak dekat hidung/dahi/dagu, kering di kawasan lain (combination skin)


Sumber : Google


Sumber : Google



Sumber : Twitter
Nah korang cek lah. Ikut aliran dia okay.



Thank You!