13 March 2018

Newly Purchased Item

Assalamualaikum

Eventhough sekarang ni Alyn cuma apply basic skincare yakni cleanser, toner, moisturizer & sunscreen, Alyn tetap tak boleh kawal diri nak beli macam-macam skincare yang ada lebih-lebih lagi bila ada promosi. Ogoshh!

Cuma Alyn simpan dulu, nak try satu-satu so nanti Alyn share review dengan korang, in shaa Allah. Basic step skincare ni alyn nak apply sebulan je sebab nak betulkan balik skin barrier, nak 'hydrates'kan balik kulit, nak atasi masalah kering dehydrated & dullness dulu. Habis sebulan baru laa nak tepek-tepek serum, ampoule, essence apa semua tu. SABAR NAHH..!

Sekarang ni pun dah 2 minggu start basic skincare routine ni secara jujurnya, i can feel my skin smooooothhhh~~~~
Sumpah tak tipu, kulit rasa lembut sangat walaupun baru lepas cuci muka & tak tepek apa-apa lagi. Kulit jadi sedikit anjal, kusam hilang nampak berseri, kulit rasa lembab sangat. Kulit nampak bersih sikit sebab jerawat-jerawat halus dah kurang, whitehead kurang, macam-macam lah kurang! saya SUKA saya SUKA saya SUKA 😍😍😍

So, saja nak share apa yang Alyn baru beli tahun ni, ada yang langsung tak pakai lagi, ada yang dah pakai 3,4 kali sebab jenis tak sabar nak try! HAHAHAHA



Sejenis tamak suka beli pencuci muka banyak-banyak walaupun yang lama belum habis. Dalam bilik air still ada 3 yan gilir-gilir pakai. Tapi yang pasti 2 ni low-pH cleanser. pH indicator tu beli kat farmasi konon nak buat experiment pasal bacaan pH clenaser. HAHAHA!




My current moisturizer & clay mask. Skinfood mask tu beli kat Watson for rm50 satu. Tapi ada promo second for rm1, so i bought 2. Total Rm51 for both.




Bila dah start addicted dengan the ordinary. Tunggu masa je nak try satu-satu. Tashaabaarrr
LaF tu Alyn saja beli untuk pore. Sebelum ni tak pernah nampak brand ni kat Watson, ke Alyn sorang je tak nampak? Tu yang berminat nak try. Nak try kat hidung nak tengok boleh kecik ke tak pore kat hidung ni sebab punca whitehead! Huh. The grey one is Naruko Face Renewal Miracle essence which is susah nak cari, so Alyn beli kat Naruko website. Terjebak dengan shiro kat FB tu dia kata best gila pakai essence ni, so i should try!





Hada Labo Uv fresh tu pembelian kali ke-2 sebab best! Ingat nak suruh husband pakai tapi since dia jenis malas nak susah payah kerana kulit,jadi lah stock i olls 😛 Dia just rajin buat double cleansing, habis oil based clenaser Alyn dalam diam. Tau-tau tinggal sikit. Huh! 

Yang Cosrx AHA tu baru try tak sampai sebulan, tak tunjuk hasil yang memuaskan lagi macam yang digembar gemburkan ahahaha. Maybe baru lagi try. 

Clinelle sunscreen tu jenis spray (new edition) so kalau malas sangat just pishh!! pishh!! Tapi tak se-best macam Hada Labo sunscreen.

 Cosmoderm bb cream tu current bb cream sebab texture dia cair senang blend & colour dia masuk dengan kulit Alyn (terang), kalau pakai bb cream Hada Labo jadi gelap, i don't know why padahal ivory tau -_- tapi jarang pakai bb cream. Keluar tepek sunscreen je sekarang.

Silkygirl no-sebum mineral powder tu tepek kat hidung je sebab bahagian tu je berminyak. Fungsi dia serap minyak berlebihan. Plus, boleh tabur kat rambut tau! (serius) Maybe untuk serap minyak kat kulit kepala kot AHAHAHA..

 Sebamed lip balm tu pun ada offer second for rm1, so i bought 2. 1 tengah pakai and best for my dry & chapped lip. Bioderma tu tak try lagi sebab nak habiskan micellar water Garnier dulu.


Cerita pasal mask, kulit Alyn sangat sensitif dengan mask! Pakai selalu rasa pedih-pedih & gatal-gatal. Al kisah, haritu try beli Hada Labo Hydrating mask sebab tau ingredients produk Hada Labo best-best and takde pewangi & alcohol. Sekali try, first time seumur hidup pakai rasa tenang, best, tak pedih, tak gatal. I loikeeee!! Sebelum ni tak tahu kenapa pakai mask lain rasa pedih. Maybe ingredients mask tu ataupun memang skin condition Alyn sebelum ni tak okay. 
Aqua Mask Hada Labo tu baru lagi tak silap, ada promo sebab beli banyak haritu so Alyn try la amik satu. 
Mask yang lain-lain banyak-banyak tu sebab ada promosi kat Sasa. 10 sheet for rm23. Kalau tak satu sheet je dah rm5-rm8. So nanti nak test, pedih ke tak.
Simple micellar wipes tu untuk memudahkan diri bila kat luar nak cuci sunscreen / light makeup bila nak solat atau nak reapply sunscreen. Senang masuk dalam bag je. 


So. That's all. Tunggu jela review satu-persatu ni ya. Thank you! 🌸

No comments: