19 March 2018

Basic Skincare Routine (Double cleansing)

Assalamualaikum



Double Cleansing (pm routine)

Double Cleansing
  • oil-based cleanser/cleansing balm.
  • water-based cleanser.
Double cleansing dilakukan pada waktu malam. Waktu pagi hanya cuci biasa guna water-based cleanser sahaja sebab pagi-pagi kita bangun tidur muka tak ada sunscreen/makeup, so water-based cleanser dah memadai.


Contoh cleansing oil. Sumber : Google



Kenapa Double Cleansing Penting?

  • Air dan minyak tak boleh bercampur/bergabung. Sebum adalah minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit kita & ia penting untuk kulit membekalkan kelembapan. Sebum juga boleh jadi 'bad oil' bila ia berlebihan sebab boleh buat kulit berminyak, sumbatkan pori, merangsang jerawat, whiteheads & blackheads. Minyak boleh memerangkap minyak.
  • Dengan penggunaan oil-based cleanser sebagai langkah pertama dalam double cleansing boleh memerangkap sekaligus menyingkirkan sebum,segala kekotoran (oil-based), sunscreen, & make-up yang mana water-based cleanser tak dapat singkirkan.
  • Water-based cleanser cuma dapat membersihkan peluh, habuk dan cuma dipermukaan kulit sahaja. So, dengan double cleanse kulit akan lebih bersih jauh ke dalam pori. 
  • Hari-hari kita pakai sunscreen kan? Wahai kakak-kakak yang pengguna make-up tegar, boleh lah amalkan double cleansing dari sekarang ye. HIHIHI 

Cara Guna Cleansing Oil.


Sumber : Google

  • Pastikan tangan & muka kering sebelum pakai cleansing oil okay!
  • Then, baru cuci untuk yang 2nd round pakai water-based cleanser.
For cleansing balm, i'm not sure macam mana cara guna. But mostly, sama macam cleansing oil (dry hands & dry face), then swipe/cuci/bilas pakai tuala/kain yang dibasahkan dengan air suam. Baru sambung 2nd step (water-based cleanser). But, sometimes ada juga yang tak pakai kain, diorang emulsify pakai air suam macam cleansing oil method. Maybe boleh for both method. Ikutlah mana yang korang selesa & sesuai.

Tips : Cari cleansing oil yang (non-comedogenic) supaya tak menyumbatkan pori & cari yang ada fungsi hydrating (kalau boleh) & kalau boleh usaha untuk cari yang boleh singkirkan waterproof make-up. Alyn punya Alyn pakai Hada Labo cleansing oil 🌟🌟🌟🌟🌟

Selesai pakai oil-based cleanser, pakai la water-based cleanser yang kita selalu pakai. Entry water-based cleanser ada kat sini → klik sini


Contoh double cleansing. Sumber : Google



Thank You.




No comments: