26 July 2018

Basic Skincare Routine (sunscreen)

Assalamualaikum





Hari ni nak bebel teruk pasal sunscreen. Sebab mostly orang tak pakai pun sunscreen sebab rasa benda ni tak penting. Walhal, sunscreen adalah terpenting! Same goes to me. Baru tahu sunscreen penting & sebelum ni tak pernah langsung pakai sunscreen.


Sunscreen

  • Melindungi kulit kita dari ultravoilet (UVA & UVB)
  • Dapat mengelakkan sunburn, mencegah kanser kulit, & melambatkan penuaan (yang ni terbukti! sebab at first i met my mother in law, alyn fikir dia pakai produk set kecantikan. Kulit dia bersih, tak ada jeragat, tak berkedut, nampak tegang & anjal. Bila dah duduk serumah baru tahu my MIL hanya pakai sunscreen sahaja tiap-tiap hari. Nak keluar je baru pakai bb cream. Alyn macam "wow!" no wonder lah kulit macam orang muda!. Maybe dah lama MIL pakai)
  • UVA yang menyebabkan penuaan & kedutan sebab dia masuk jauh ke dalam kulit berbanding UVB.
  • UVB penyebab suntan/sunburn.

Ini contoh sinaran UVA & UVB yang terkena pada kulit kita



Which sunscreen should i try?

  • SPF 15 ke atas. SPF 30 dah memadai. Tak perlu pakai sampai SPF 50.
  • Broad-spectrum yakni melindungi dari UVA & UVB. Most sunscreen sekarang broad-spectrum.
  • Cari yang "water resistant" kalau jenis kuat berpeluh & swimming. (You should know that tak ada sunscreen yang water proof. Hanya ada yang bertahan dalam air beberapa minit sahaja, sebab itu digalakkan lepas swimming, reapply (pakai semula).
  • untuk keselesaan, guna light & waterbased sunscreen especially oily skin.
  • Untuk kulit sensitif, cari yang free of fragrance, perservatives, & alcohol.
  • Cari moisturizing sunscreen.
  • Siapa yang ada history of skin cancer/kulit terlalu cerah, better try SPF 30.

SPF - Sun Protector Factor

Contoh SPF15. Contohnya, kalau tak pakai sunscreen ambil masa 10 minit untuk kulit merah & terbakar. Tapi dengan SPF 15, akan jadi sepuluh kali ganda lambat. 

     SPF 15 x 10 = 150 minit

Jadinya, kalau pakai sunscreen, 2 jam 30 minit baru merah & terbakar.

Yes. Semua orang perlu guna sunscreen even dalam rumah. 

Bagaimana??
  • Pakai 15 minit sebelum terdedah pada cahaya matahari.
  • Pakai setiap 2 jam (recommended while outdoor). Ramai orang tekankan pemakaian sunscreen haruslah di tacap setiap 2 jam kalau nak berkesan! Tapi Alyn tak pakai setiap 2 jam pun, malas. sehari tepek 2 kali je, pagi & tengahari. HAHAHA sebab duk fikir dalam rumah je.
  • Pasal peraturan pakau sunscreen sebesar 20 sen ataupun sebanyak 2 jari. Seriously? Ergh Alyn dah try tapi rasa macam terlalu banyak jadi melekit-lekit & tak selesa langsung! So, for me pakai lah ikut saiz muka, asalkan rasa tak terlalu nipis & tak terlalu tebal, rata diseluruh muka & leher dah memadai. 

Ada yang tanya macam mana nak reapply/tacap semula?

Ikut keselesaan, ada orang tacap balik pakai foundation yang ada SPF, sumscreen jenis spray, atau pun bedak ber SPF. Macam alyn pakai spray, tak reti nak tambah lagi sunscreen atas muka kalau dah atas muka memang ada sunscreen. Rasa tebal, melekit. Mesti nak cuci dulu. Tapi, ada pendapat kata foundation, spray, bedak segala ni tak cukup & tak memadai nak lindung kulit dari UV. Hmmm I don't knowww.... Rasa2 cara ni tak function, buat la peraturan pakai sunscreen every 2 hours & sebanyak 20 sen tu ya! 

Reapply under makeup - guna yang foundation/spray/bedak tadi lah. Kalau outdoor buat gitu, baik takyah pakai sunscreen terus! HAHAHAHA

Kalau rasa nak letak sunscreen pakai macam biasa & tak kacau your makeup its okay. Go on. Tapi tak pelik ke lapis lapis kan sunscreen atas makeup? Cam tak function jee. Lol...
Or swipe make up pakai micellar wipes (ada jenama SIMPLE) sampai bersih, pakai moisturizer, pakai sunscreen, makeup balik. Rajin ke?? hehehe

Sejak2 akhir ni Alyn memang dah tak bermakeup. Jarang sekali. So muka takde foundation. Bedak pun takde. Tapi kalau ade foundation memang Alyn spray je itupun kalau indoor macam kat shopping mall. Tapi pastikan cukup & rata. Boleh ke???

Kalau nak makeup pulak, tunggu lebih kurang 5 minit lepas pakai sunscreen, bagi absorb dulu. Pakai foundation jangan tonyoh, hahaha slow & ke bawah, tak perlu rubbing back and forth (ke depan ke belakang). Better pakai foundation/bb cream yang mengadungi SPF juga.



Korang tahu tak sunscreen ni antara part paling susah nak cari yang sesuai, bagi alyn laa. Sebab bahan2 dalam sunscreen kebanyakannye tak sesuai ngan Alyn. Macam makin hitam pulak bila pakai. Lol! Kadang naik ruam. So, sampai sekarang act Alyn still try and error sunscreen. Belum jumpa yang betul2 sesuai.


Selamat mencari sunscreen yang sesuai & selamat mencuba!!!