25 March 2020

RESEPI : Brownies Kedut

Assalamualaikum

Di sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi 2 minggu sehingga 14/4/2019, otak sis betul2 dah tepu. Lepas tu selalu lapar pulak tu 😂
So..., sis try la buat brownies kedut hasil carian di Google & resepi dapat dari kawan. Tapi sis guna sukatan @ olahan sendiri 🤣 


Ini resepi untuk 2/3 orang makan ya..
Sis bagi senang untuk korang yg tak ada penimbang nak pakai gram, sis bagi sukatan sudu/cawan je.. Jom buat.!!

So ni bahan-bahan yg diperlukan ;



1) 200gm dark chocolate (memang beli satu pack tu 200gm, lebih sikit 250gm pun tak apa)
2) Original salted buttercup (1/4  (suku) ) kalau bukan salted pun tak apa boleh tambah secubit garam halus ke dalam tepung.
3) Telur gred B 2 biji
4) Esen vanilla 1 sudu kecil (tiada dalam gambar)
5) Gula perang (3/4 cawan (setengah suku) ) untuk texture yang chewy 🤤 *siapa suka manis2 boleh gunakan secawan gula perang.
6) Tepung gandum (1 cawan) - lebihkan sesudu
8) Serbuk koko 2 sudu besar


Cara-cara ;

Bahan A
1) Cairkan dark chocolate & buttercup menggunakan teknik double boil.
2) Ketepikan dahulu.

Bahan B
1) Pecahkan telur dan masukkan esen vanilla.
2) Masukkan gula perang. Kacau sederhana.
3) Masukkan *bahan A* dan kacau rata.
4) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan tambahkan serbuk koko. Kacau sehinnga sebati.

*Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.

- Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar adunan pada suhu 200 darjah celcius pada 10 minit pertama. (Untuk brownies yg kedut cantik) 
- Pada 30 minit seterusnya bakar pada suhu 180 darjah celcius.
- Setelah oven siap, sejukkan brownies dalam oven dengan cara buka pintu oven sedikit & biarkan brownies sejuk sendiri di dalam oven.
- Boleh letak topping mengikut citarasa anda. Saya suka topping nutella 😍

*P/s ; * Jika mahu brownies yang kemas, guna loyang 4 segi sama seperti contoh 6 x 6, sis guna 8 x 8 sebab sis suka brownies yang nipis nipis. Then, pada loyang tu salutkan planta supaya tak melekat & lapik kertas baking supaya brownies senang diangkat keluar & brownies kemas bersegi tak melekat. 

Selamat mencuba..!!


No comments: