13 September 2017

How I Met My Spouse

Assalamualaikum

Dari awal dulu ramai juga yang tanya,
"macam mana boleh kenal?"
"berapa lama kawan?"

Kadang-kadang yang tanya tu bukan orang lain, emak, kakak-kakak aku juga, kawan-kawan rapat. Ada kawan-kawan UMK yang ingat aku dah lama kawan dengan dia. Padahal setelah beberapa minggu masuk belajar kat UMK baru kawan. HAHA

So.., hari ni terajin nak update macam mana boleh kenal.
Penulisan ni untuk tatapan masa depan aku nanti, akan datang seronok nak baca, bukan nak story sangat kat orang pun. Hehehe


So this is our first picture ever.!! First date, first picture. hahaha
(Nov, 2014)


Ok. Kenal dari tahun 2013. Pernah pergi konvoi sekali. Tapi time ni tak berapa perasan pun mamat janggut ni. HAHAHA lagi pun dia dengan awek dia time tu. Aku dengan bff aku bawak skuter ego pink. Tot...tot...tot... Dah kawan baru aku perasan yang dia ada masa konvoi tu. Aku pulak memang jenis susah nak cam orang apatah lagi ingat. 10 kali jumpa belum tentu ingat kalau dalam kepala otak aku tak set "nak ingat ini orang". So, he is stranger to me and maybe i'm stranger to him too.

Lepas balik dari konvoi tu baru aku perasan kewujudan dia dekat Teluk Intan ni. hahaha
Aku dulu agak sosial, i mean suka bercampur orang. Not social macam pergi club, merokok, apa semua tu. Not me.! Sosial aku lain. HAHAHA Lepas broken teruk gila babeng dengan F masa tahun 2012-2014 dulu aku suka bawak diri dengan bff aku. Tiap-tiap malam suka melepak sampai pukul 11/12 malam baru balik. Kadang-kadang naik moto, kadang-kadang naik kereta. Ada juga kadang-kadang sampai 3/4 pagi baru baik. Kadang-kadang kitorang pergi tidur rumah bff lagi sorang dekat Manjung. Just lepak kedai makan je sembang-sembang. Memang dah puas merayap & melepak masa tu, that's why bila aku datang UMK, aku dah tak batak nak lepak merayap habiskan duit sampai tak balik ke apa ke walaupun orang kata duduk jauh dengan parent ni bebas. Aku dah merasa awal-awal lagi.

Okay sambung tadi, kawan lelaki terlalu ramai time tu. Tapi memang dari zaman sekolah geng aku, kawan aku semua lelaki. Aku tak berapa minat kawan dengan perempuan. So, start dari sini lah aku perasan yang Naim ada je kat mana-mana tempat aku lepak. Masa ni dia still ada awek. Tiap kali aku lepak dengan kawan-kawan lain mesti tiba-tiba dia datang. Konon lepak sekali, sebab kawan-kawan yang aku lepak tu kawan-kawan dia juga. Budak kampung dia. Rupanya, dalam kalangan budak-budak yang lepak sekali tu ade reporter khas dia. Kat mana-mana aku lepak, budak tu akan inform naim. Kiranya diorang berpakat. So, Naim pun terkinja datang nak lepak dengan aku tak padan dengan ade awek. Gedik kan? Hahaha

Bukan lepak je, paling aku pelik bila mamat ni datang pastu suka curi-curi pandang. Dia ingat orang tak boleh perasan kot. Tenung aku lama-lama, bila aku pandang dia balik dia buat-buat tengok tempat lain pastu termalu sendiri. Tiap kali lepak, macam tu lah. Sampai aku pelik dia ni dah kenapa?
Bff aku pun siap cakap "wei, aku perasan naim asyik tengok kau je tiap kali lepak." Aku pun diam jela tak expect apa-apa lagipun pakwe orang not my taste. Then ada satu malam tu, masa tu dah nak balik rumah, Naim tengok je kitorang balik dengan muka acah-acah hampa gitu so bff aku nak usik Naim, dia cakap "tengok ye aku cakap kat Naim, kau kirim salam" masa tu aku yang drive, bff aku buka tingkap and cakap kat Naim, "Naim, Alyn kirim salam".
Dia punya senyum tu sampai sekarang aku ingat.! HAHAHAHA macam kerang busuk, luas macam nak sampai telinga senyumnya! Terus aku punya gelak la dengan membe aku. Kesian Naim, mesti dia malu kena gelak macam tu. HAHA sorry sayang.!

Then sejak dari tu, aku dapat mesej dari dia. Masa ni dia tak pakai whatsapp. Mesej biasa tu. Tak tahu mana dia dapat nombor. Tapi adik dia pernah cakap, Boboy cakap "Lin abang aku ambil nombor kau dari telefon aku".

Paling kesian bila aku tak pernah balas mesej-mesej dia. Dia gigih mesej aku, kadang-kadang mesej yang sama dia hantar berulang, maybe dia ingat mesej dia tak delivered kat aku.  Tapi kan aku cakap yang aku tak minat nak layan orang punya, because i know how it feels. Real women don't steal others. Lagi pun aku dalam fasa broken teruk and tengah cuba untuk move on takde makna aku nak layan siapa-siapa yang ada hati dengan aku. Tapi kan, serius aku cakap kalau aku tau dia lah future husband aku, dari awal aku dah layan. Takde lah aku buang masa. HAHAHAHAHAHA. Dan aku rasa aku takkan terima tawaran belajar dekat UMK pun, aku terima dulu sebab aku cuba untuk move on :') Huhu
Konon lari jauh-jauh boleh la lupa semua. Ceitt.!

Pernah juga ada sekali, membe aku (membe dia juga) bbm aku ajak lepak. Tapi aku tak pergi pun. hahaha rupanya Naim yang ajak, guna orang tengah. Hallo! tak gentlemen langsung. Then first time Naim tegur aku masa tu aku lepak kedai Burger kawan kitorang, petang waktu tu and aku sorang. Naim datang naik double R dia dengan beberapa orang kawan yang lain. Aku rasa dia baru balik dari konvoi juga masa tu. Masa tu, first time dia berani tegur aku tanya, "Alyn dari mana?".
Pastu tak lama epas sembang tu, dia balik kelam kabut. Rupanya awek dia mesej suruh balik sebab awek dia tau dia duduk lepak dengan aku. Selama dia macam tu rupanya aku baru tahu yang awek dia tahu semua, means tahu yang dia cari no telefon aku, tahu yang Naim selalu lepak tempat ade aku, tahu yang Naim selalu search FB aku. So, awek dia sangat marah and maybe benci aku dulu. (semua ni Naim & kawan ex dia yang cerita).

Sorry aku tak berniat. Tapi takpe lah cerita dah lama pun kan hehehe ex dia pun dah bahagia dah sekarang, kahwin dengan ex kepada bff aku HAHAHAHA and dah ada seorang anak perempuan yang cute. Pusing-pusing situ je. Tapi aku tak expect ex dia tak suka aku dulu sebab takde pulak dia marah/sound aku. Aku okay je dengan ex dia, masing-masing dah besar.

Okay, back to story. Tak lama lepas tu Naim putus dengan ex dia, dan ade awek baru. Tapi still mesej-mesej aku tapi tak pernah aku balas. Ada satu malam, family Naim buat makan-makan sempena sambut hari jadi Abah Naim, aku datang atas jemputan adik dia, Boboy. Malam tu aku perasan yang awek baru Naim ada kat situ, dia senyum kat aku and aku senyum balik. Aku expect dia nak cari kawan kot time tu sebab budak perempuan takde sangat kat situ lagipun dia bukan budak sini. Aku datang duduk makan, tiba-tiba Naim datang meja aku ambilkan air minum. Terus aku macam blur, terkejut juga asal ambilkan aku air. HAHAHA dalam hati aku, "awek kau kat depan tu je kot, kalau dia nampak mati aku". Tapi sepanjang malam tu aku tak nampak pun dia layan/pergi kat awek dia.

So, start September 2014 aku masuk belajar UMK. Bermulalah hidup bosan. Selamat tinggal hidup bebas hahaha. Habis je minggu 3M (orentasi), ade la masa free sikit2, sementara kemas beg kemas bilik, aku pun scroll-scroll handphone taktau nak buat apa. Habis semua orang aku kacau, sebab terlampau bosan dekat tempat orang. Kawan pun just roomate je masa tu. So, aku cek contact whatsapp. Tiba-tiba naik nama Naim, aku pun pelik sejak bila dia pakai whatsapp.

Disebabkan bosan, aku pun whatsapp dia for the first time aku mulakan conversation. Tapi aku just hantar, "Eh dah ade whatsapp?" wahhhh dia punya laju balas kemain! Hahaha Aku hantar 1 je whatsapp dia punya balas kemain tanya semua buat apa kat mana. Then aku malas layan. Aku buat dia stock hilang bosan aku kat UMK je dulu. Tapi hari2 dia whatsapp pagi petang siang malam. Hari2 bagi whatsapp apa tau? "Morning Alyn, Naim pergi keje dulu." Hahahaha perlu ke?

Hari2 call sampai aku naik rimas. Banyak kali juga dia kena block sebab mendesak dan merimaskan. Sampai ada satu hari dia berani cakap yang dia nak "kawan" dengan aku. Dia cakap dia dah putus dengan awek dia. Then aku pun minta pendapat bff aku, bff aku cakap "just go on, kot kot aku boleh masuk kali ni, kot kot boleh move on, lagipun dia bersungguh nak kau dari dulu". Aku pun fikir2 juga, yela lepas broken dulu dah lama tak ada hati nak fikir soal benda macam ni. Then aku pun terima, tapi hati tak terima pun hehehe tak ada hati pun masa ni. Aku fikir dulu untuk hilangkan bosan aku.

Pastu beberapa hari tak lama lepas tu adik dia, boboy contact aku. Tanya, "kau kawan dengan abang aku ke?" Aku cakap lah ha ah. Then dia cakap abang dia ada awek,tak putus lagi and aweknya "bising" tanya kenapa buat macam tu kat dia apa semua. Serius aku terkejut gila, sana cerita lain sini cerita lain. Tapi memang betul masa tu status naim adalah boyfriend orang, and dia memang tinggalkan awek dia (ada lah sebab sebab yang tak perlu aku tulis).

Masa mula2 kawan dulu dia still suka curi curi pandang. Gambar kat atas tu lah gambar first berdua, dekat Cameron Highland. Aku balik dari UMK naik flight, dia yang jemput dengan bff aku and bff aku punya bf time tu. Esoknya kitorang pergi Cameron balik hari. Sebelum balik rumah, dia sempat bagi aku rantai emas. Aku macam, "what, baru first time jumpa kot!" Serius masa kawan dengan dia takde pun aku minta macam2, aku bukan jenis meminta macam tak malu. Semua yang aku dapat, semua tempat yang aku pergi, semua dia yang bagi tanpa aku minta. Tapi ada je mulut Joyah2 yang suka cakap aku macam2. Dengki eh? :P

Tak lama pun kawan, tiba2 dia cakap nak menanda hantar cincin. Lagi sekali aku terkejut. Masalahnya aku tak pernah rasa serius pun dengan dia. Lagipun aku still belajar, macam mana nak cakap dengan family pun dah satu hal. Jenuh juga lah aku mengelak dulu. Mak, Abah and Nenek dia pun sokong dia. Jenuh nenek dia pujuk aku. Time tu aku fikir macam mana nak cakap dengan family je. Masa tu umur pun baru 21. Tapi, orang kata bila dah jodoh semua dipermudahkan and sekarang dah kahwin dah pun. Hihi. Sedang menunggu orang baru dalam family kami. Beberapa minggu je lagi In shaa Allah.














No comments: