26 September 2017

Zaman Purba, Zaman Hitam

Assalamualaikum

First of all nak bagitahu entry kali ni agak panjang. So, berminat nak baca boleh teruskan, kalau tak minat boleh scroll laju-laju tengok gambar sambil ngumpat-ngumpat hihihi.

Cakap pasal skincare, Alyn adalah seorang yang sangat-sangat taksub dengan kecantikan 😝 serious nii....... Dalam adik-beradik, Alyn lah yang paling suka makeup, yang paling teruja dengan produk-produk kecantikan, yang paling rajin ambil supplement, yang paling rajin berhias.

Tapi entry yang ni belum lagi nak cerita pasal skincare, baru nak throwback sikit zaman hingusan. Next entry baru skincare hokey.! 😘

Tapi benda ni bukan start dari zaman sekolah. Zaman sekolah dulu berbeza gila, memang terbalik dengan perangai sekarang. Dulu waktu sekolah, tak pakai apa-apa skincare. Even bedak pun tak pakai tau pergi sekolah! Pencuci muka start pakai masa tingkatan 4 kot HAHAHA. Pergi sekolah lepas mandi tu terus pakai tudung and BYE BYE MAK, NAK GI SEKOLAH NI 😆😆

Sampai la kak lang aku tegur, "adik, hang gi sekolah langsung tak pakai bedak ke? Pakai la bedak sikit nak pergi sekolah tu" So, start dari situ la pergi beli bedak, pakai pergi sekolah hari-hari. Masa tu form 4. Form 4 baru tahu nak pakai bedak pergi sekolah hehehe. Lepas tu, bila start nampak kawan-kawan rajin pakai krim safi yang tutup biru tu. Ceyy...aku pun terjebak beli. Masa tu dah akhir-akhir form 5. Then tetiba terajin pakai lipbalm jenama lipice yang sheer colour tu. So, berseri la sikit

Aku nak share beberapa gambar yang agak menjengkelkan waktu zaman sekolah a.k.a zaman kurus kering kehitaman KAHKAHKAH.!


Bermula dengan bagi hint gambar dari tepi.. jeng...jeng...jeng.... (tudung kedepan & tajam-tajam lagi masa ni. HAHAHA makin tua nanti tudung makin kebelakang dan makin bulat dek faktor usia)



Tara......aku tahu aku tak senonoh masa sekolah dulu...harap je kelas atas, aliran Sains tapi (malas cakap)




Nak tidur ke nak ikrar? nak tidur ke nak ikrar? nak tidur ke nak ikrar? Cari lah aku yang mana, jangan salah yang belakang tu sudah hahahahahahaha 😒 tak lawak ah




Hah! Bangga sikit ada jumpa gambar yang elok 😅 Johan kawad kaki pasukan unit beruniform hihihi Johan sebab aku komander nya kot BHAHAHAHA



Part paling benci bila terjumpa gambar masa lower six! SUMPAH benci yaaaa amat! Sebab masa lower six ni lah aku start broken teruk sampai jadi beruk! HAHAHAHAHA Bayangkan eh aku dah la memang kurus kering zaman sekolah lepas tu berat aku turun 6 KG. Bukan ngada-ngada tapi memang selera tak ada langsung. So, you can perasan cengkung hitam girl there 😅😅😅



Okay ni masa upper six. Masih hitam walaupun camera360 u'olls. HAHAHA
zaman-zaman handphone samsung. (Pink dan Fazlyn tak dapat dipisahkan) yes beg pink tu beg aku 😛 (BROKEN dan MASIH TAK BOLEH MOVE ON)



So....Yeah.. tu jela gambar yang aku jumpa. Aku banyak kali deactive Facebook. Gambar-gambar zaman sekolah banyak hilang. Yang ni pun aku gigih cari. Ada lagi tapi yang lain free hair, takkan nak masukkan pulak kann... Buat apa tu? Gelakkan eh? Terkejut eh tengok gambar lama? Buruk + sangat kurus + Hitam. Huhuhu

Nak buat macam mana. Dulu mana ada kesedaran nak jaga muka, tak rasa penting pun benda tu. Setakat bedak dengan pencuci muka jela. Lepas tu, dulu zaman sekolah aku pergi sekolah dari form1 sampai form5 JALAN KAKI ok, JALAN KAKI. Boleh bayangkan tiap-tiap hari balik sekolah, matahari lah peneman setia. Lepas tu bajet tak pernah bawak payung langsung, budak india pun tahu panas tahu bawak payung. Aku relax 5 tahun jalan kaki jemur muka tak nak berpayung. Then, aku dulu ahli KRS start masuk kawad dulu form 3. So kawad tengah-tengah matahari atas kepala tu perkara biasa. Pukul 3 start kawad sampai pukul 5. Tak pelik la kan kalau muka burn teruk. Zaman sekolah menengah dulu tak main sukan, aku lebih prefer pidato, bahas, pantun. Kalau sukan pun aktif, aku rasa mak aku pun confuse mana aku mana bontot kuali. HAHAHA
Aku start main bola baling pun masa Upper Six.

Gambar-gambar zaman sekolah ni exclusive tau. Orang yang kental je boleh tunjuk HAHAHA. Husband Alyn punya la gelak tengok gambar sekolah. Siap tanya "Nape kurus? Nape hitam?" Dia tak tahu ke gambar zaman sekolah dia pakai jam G-shock warna-warni tu pun aku ade HAHAHA

Tapi tak pe, kalau kita tak tengok siapa diri kita yang dulu, kita takkan jadi yang sekarang.
Next entry Alyn share pasal skincare-skincare yang Alyn pernah cuba & latest skincare yang Alyn nak try okay. Bye



No comments: